Pohon BSP

Apa itu Pohon BSP?

Pohon Pemetakan Ruang Perduaan (Binary Space Partitioning Tree atau BSP Tree) ialah suatu struktur data yang digunakan untuk menyusun dan mengatur objek di dalam ruang itu sendiri. Dalam bidang grafik komputer, ia mempunyai beberapa aplikasi seperti penyingkiran permukaan tersembunyi dan penyurihan sinar. Pohon BSP ialah sub-bahagian ruang rekursi yang menganggap setiap segmen garis (atau poligon, dalam bentuk 3-D) sebagai satu satah pemotongan yang digunakan untuk mengkategorikan kesemua objek yang tertinggal dalam ruang itu sama ada berada di “depan” atau di “belakang” satah tersebut. Dengan kata lain, apabila suatu petak diselitkan ke dalam pohon, ia akan mula-mula dikategorikan berhubung dengan nod akarnya, dan kemudian barulah berhubung dengan setiap anak yang sesuai secara rekursi. Untuk maklumat selanjutnya tentang pohon BSP, lihat Soalan yang Sering Ditanya (FAQ) tentang Pohon BSP.

Maaf, pelayar web anda tidak dapat menyokong aplet Java.

Cara Menggunakan Aplet ini

Anda boleh melukis segmen garis di dalam tingkap kanvas pertama (garis pertama, yang apabila dilukis, akan menyebabkan Java melakukan pengawalan. Jadi masa yang lebih panjang diperlukan untuk melukisnya jika dibandingkan dengan garis-garis yang berikutnya). Segmen dinomborkan mengikut tertib, dan pohon dibina dengan menyelitkan setiap segmen mengikut tertibnya yang betul. Jika suatu petak itu perlu dipisahkan, bahagian depan dan belakang petak itu akan masing-masing ditambah satu huruf “f” dan satu huruf “b” di belakangnya. Misalnya, jika petak 1 melintasi satah pemotongan yang dibentuk oleh petak 0, maka bahagian petak 1 yang terletak di depan petak 0 akan dinamai “1f”, dan bahagian di belakangnya pula akan dinamai “1b”.

Anda boleh menggerakkan titik mata magenta dengan mengeklik dan menyeretnya, dan jika anda mengeklik dan menyeret kepala panah berhampiran dengan hujung vektor lihat titik mata, anda boleh memutarkan kamera yang memberikan imej bagi gambaran pseudo-3D. Dalam mod pemacu, vektor lihat menuding ke arah anda menggerakkan titik mata itu. Pengelasan pohon BSP bagi titik mata adalah ditunjukkan sebagai satu titik magenta pada graf pohon BSP.

Jika masa sambutan adalah terlalu lambat apabila menggerakkan segmen garis, togol peti undi “interaktif” untuk melumpuhkan sifat interaktif aplet. Dalam mod tak interaktif, pohon BSP akan dibina semula hanya selepas satu segmen telah digerakkan ke lokasi baru dan butang tetikus dilepaskan.

Jika lukisan pohon menjadi terlalu besar untuk dipaparkan di kanvas, klik dan seret pohon itu untuk menyorotnya di sekitar kanvas.

Klik di sini untuk Soalan yang Sering Ditanya (FAQ) tentang Pohon BSP.

Halaman ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh: Tan Ewe Hoe
Unit Terjemahan Melalui Komputer (UTMK) (Computer Aided Translation Unit),
c/o Pusat Pengajian Sains Komputer,
Universiti Sains Malaysia (USM),
11800 Minden,
Penang, MALAYSIA.